Monday, 7 May 2012

GULAI AYAM KAMPUNG MASAK LOMAK CILI API..

Aku memang selalu masak gulai ayam kampung ni tapi yang ini adalah ayam kampung special..kenapa special?? sebab ini ayam kampung yang ayah aku bela sendiri...memang special kan....ayah ku siap antar kat rumahku di Seremban 2 ekor kerana dia tahu anaknya ini dan menantunyer memang suka makan ayam kampung yang original ...siap pesan lagi suruh bawak serai dari kampung...kebanyakkan serai yang jual kat pasar ni baunya tak berapa harum...sebab yang dijual tu kebanyakkannya serai peha ayam....memang gemuk-gemuk tapi bau kureng.....hari yang sama jugak terus masak....tak nak simpan dalam peti ais..suka masak yang betul-betul segar...ayam ni ayah ku telah hantar ke pasar untuk buang bulunya....bila ayahku sampai aku hanya perlu salai sedikit kat atas dapur...ayam kampung memang kena salai sedikit baru baunya terangkat beb....


Bahan-bahan;

2 ekor ayam kampung ( 2 ekor sama macam 1 ekor ayam bandar jer)
30 biji cili api
1 inci kunyit hidup
4 batang serai
1 inci halia
4 ulas bawang putih
3 biji ubi kentang
5 cawan santan
garam secukup rasa
1 keping asam gelugor

Cara memasak;

Potong ayam ikut suka dan bersihkan. Kisar cili api bersama bawang putih, halia dan kunyit hidup.Masukkan ayam dalam kuali or periuk. Aku lagi prefer masak dalam kuali. Masukkan sekali cili kisar dan serai yang telah dititik. Kecutkan ayam dan cili kisar tadi. Tambah sedikit air. Bila ayam telah agak masak masukkan santan dan kentang yang telah dikupas kulit dan dipotong ikut suka. Gunakan api sederhana. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan pecah minyak. Bila kentang telah empuk baru masukkan asam keping. rasa garam secukupnya dan baru la padamkan api.

 Dapat seperiuk besar kau....hehehehe.....tapi jangan ingat aku makan berdua jer....selain dari ayahku aku jemput family mertua datang lunch kat rumah....baru best makan ramai-ramai ni di samping beberapa lauk yang lain....:p

No comments:

Post a Comment