Monday, 21 April 2014

GORENG SAWI POKCOY @ PAKCHOY...

Kenal sawi Pok Coy @ Pakchoy?? tak tau la yang mana satu nama sebenarnya...nak lagi senang aku suka panggil sawi pendek jer...hihihihi...ni sayur favourite en.hubby....masak paling sempoi....tak sampai 15 minit dah siap....

 
Bahan-bahan;
 
1 ikat sawi pokchoy (lebih kurang 4 ke 5 pokok)
5-6 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
1/2 cawan air
3 -4 biji cilipadi - kalau nak pedas sikit
 1 biji cili merah - no stok masa ni ..huhuhu
sedikit minyak zaiton or minyak sayur
 
 
Cara memasaknya;
 
Bersihkan sawi dibawah air paip mengalir. Sawi ni selalu ada banyak pasir kat bahagian kelopok bawah dan toskan. Tumbuk kasar bawang putih. Panaskan minyak zaiton, goreng bawang putih hingga bertukar golden brown. Masukkan air, masak hingga mendidih baru masukkan sos tiram dan cili yang dihiris or belah dua. Akhir sekali masukkan sawi. Kacau dalam 2 minit or sawi dah layu terus angkat dan hidangkan. 
 
Apa-apa sayur kalau dimasak memang sedap makan waktu panas-panas. Biasanya bila nak hidang makanan baru aku goreng sayur...
 
Note: tak perlu letak garam lagi sebab sos tiram dah cukup rasa tapi kalau u all rasa kurang garam letak laaa.....hihihihi.....
 





No comments:

Post a Comment