Saturday, 28 December 2013

OLIVE'S CAKE CHEESE LELEH.....

Aktiviti cuti hari Jumaat buat kek leleh lagi...Ini permintaan dari en.hubby....hmmmm......kebetulan ada saudara yang baru lepas buat operation...so boleh bawak sekali sebagai buah tangan...hari tu dah buat yang red velvet....so hari ni nak kelainan plak....belek-belek resepi kat blog kebanyakkan kek guna tepung hong kong...mana la aku ada tepung tu kat rumahkan.....tiba-tiba teringat Masterchef Australia dia orang kena buat kek dari olive oil or minyak zaiton....aiskrim pun dari olive oil....terus dapat idea nak buat kek olive oil jugak la.....dan dengan bangganya aku nak kata ini memang my own resepi yang datang secara spontan jer.....hihihihi.....tarak ciplak mana-mana yer....kalau terjumpa yang sama maybe kebetulan....aku letak sedikit serbuk coklat just untuk dapatkan rasa mild coklat jer..
 
 
Bahan Kek
 
1 cawan minyak zaiton
3/4 cawan gula
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovallete
 
1 1/2 cawan tepung gandum       )
1 1/2 sudu kecil baking powder  )Bahan kering
1 sudu kecil bicarbonate             ) diayak bersama
3 sudu kecil serbuk coklat          )
 
Bahan Cheese
 
250gram cream cheese (dah tentu Philadelphia)
120gram susu pekat manis
50 gram whipping cream
 
Parutan cheddar sebgai hiasan
 

Cara menyediakan kek;

Panaskan oven dengan suhu 180'C. Satukan kesemua bahan kecuali bahan kering. Pukul hingga kembang, Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit dengan hanya gaul balik guna spatula or senduk kayu. Griskan loyang kek or aku hanya guna paper baking kat bawah kek. Masukkan adunan dan bakar lebih kurang 30 minit or hingga kek masak. Sejukkan kek terlebih dahulu.

 Dah siap...kek ni sangat lembut dan gebu....ala-ala sponge cake gitu....
 
Untuk cream cheese, satukan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan cair.
 
Potong kek ikut saiz mangkuk anda. Potong kek pada dua bahagian. Masukkan lapisan pertama sebagai tapak. Curahkan cream cheese di atasnya , masukkan lapisan kedua kek, curah cream cheese  lagi dan akhir sekali hiaskan dengan parutan cheddar.Dah siap simpan dalam peti sejuk.
 
 Sedap sangat makan ketika sejuk-sejuk....:))
 


No comments:

Post a Comment