Saturday, 28 December 2013

IKAN CENCARU BAKAR SUMBAT

Menu lunch hari Jumaat simple-simple jer....aku masak ikan bakar cencaru, rebus pucuk ubi dan sambal gesek....memang meletop-letop makan....tersandar lepas tu.....yang simple tu la buat makan tak hengat....betul tak?? tak cayer cuba laaa.....kalau nak buat menu ni nasi kena masak lebih sikit dari biasa....bukannya apa....takut tak cukup nasi...tak pepasal menyesal plak nanti...hihihihi....semasa beli ikan bawal besar dapat jugak ikan cencaru saiz besar ni....musim ikan tengah besar-besar kot....memang sesuai sangat la untuk dibakar...kalau beli ikan cencaru aku memang tak kasi peniaga tu siang....ntah apa-apa jadinya...baik aku sendiri yang buatkan....
 
 
Bahan-bahan;

2 ekor ikan cencaru saiz besar

Bahan Kisar (Kisar kering)
4 biji cili besar merah - buang biji
5-6 biji cili api (kalau tak suka pedas tak payah letak)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 keping hirisan halia
1 sudu udang kering direndam dan toskan
garam secukup rasa

1 1/2 cawan kelapa parut
1 helai daun kunyit
sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakannya;

Belah bahagian belakang ikan, buang segala isi kandungan dalam perut ikan bersih-bersih, Cuci dan toskan. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan cili masak. Masukkan kelapa parut, gaul mesra. Masak ala-ala buat serunding gitu. Rasa garam secukupnya. Tutup api dan taburkan dengan hirisan daun kunyit. Gaul sekali lagi. Sumbatkan isi kelapa dalam badan ikan penuh-penuh. Bakar dalam magic pan or pemanggang ajaib lebih kurang 20minit or bila dah cucuk dengan garfu isi ikan dah lembut. Jangan bakar terlalu lama sangat, nanti ikan jadi kering yer dan tak sedap.

No comments:

Post a Comment