Monday, 4 March 2013

PETOLA TUMIS AIR...

Menu ringkas lagi....lately ni macam malas nak masak beria-ia sangat....cari bahan yang mudah dan ringkas....menu ni pun aku masak malam Sabtu lepas...baru nak update....keadaan kesihatan kureng baik sikit....masak ringkas. Walaupun badan kurang sihat tapi makan tetap selera.....camnor tu??? hahahaha....sebenarnya memang dah lama sangat tak masak petola ni....tambahan buat masak tumis air macam ni...memang terasa kemanisannya....:)

Bahan-bahan;

1 biji petola
1 sudu udang kering (tak suka ikan bilis pun boleh)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit belacan
3 - 4 biji cilipadi  - tak letakpun tak apa
sedikit soo hoon - direndam terlebih dahulu
1 biji telur
sedikit minyak sayur untuk menumis
2 cawan air
garam secukup rasa

Cara memasaknya;

Kupas kulit petola senipisnya. Ada juga yang kikis kulitnya. Cuci dan potong ikut suka. Tumbuk halus bawang merah, putih dan belacan. Tumbuk udang kering/ikan bilis kasar. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan air. Apabila mendidih masukkan petola, masak hingga petola agak lembut kemudian masukkan soo hoon yang telah direndam tadi (toskan dulu yer..kalau tak terlebih kuah plak sayur ni nanti...huhuhuu). Masukkan cilipadi yang telah dipecahkan . Akhir  sekali pecahkan sebiji telur, kacau seketika, rasa garam tutup api dan boleh la dihidangkan.

No comments:

Post a Comment