Tuesday, 11 September 2012

RENDANG DAGING + PARU...

Salam semua...ni resepi terakhir untuk jamuan Hari Raya baru ni..memang agak unik dan sangat tradisional..bagi orang Negeri Sembilan kami panggil rendang campur di mana ada campuran daging, paru, limpa dan hati. Memandangkan aku tak beberapa suka limpa dan hati jadi aku hanya campurkan daging dan paru sahaja....kena ikut selera tukang masak la kan....hehehehe....untuk rendang ni juga tidak menggunakan kerisik. Bawang, halia, serai dan lengkuas memainkan peranan utama, malah santan kelapa juga kena mencukupi. Mari kita lihat resepinya...:))


Bahan-bahan;

1 kilo daging (kalau boleh batang pinang)
1 kilo paru
40 biji ciliapi (boleh kurangkan kalau tak nak pedas)
3 biji kelapa - ambil santannya
2 helai daun kunyit - disiat or hiris halus
20 ulas bawang merah     )
10 ulas bawang putih       )
3 inci halia                       ) mayang halus
2 inci lengkuas                 )
3 inci kunyit hidup
12 batang serai - hiris kasar kemudian dikisar
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa

Cara memasaknya;

Bersihkan paru, rebus dahulu, toskan dah baru la dipotong kecil. Potong daging berlawan urat. Bersihkan daging, toskan. Masukkan daging + paru bersama dengan bahan-bahan yang dimayang halus tanpa air kerana daging akan mengeluarkan airnya dalam kuali. Kecutkan sebentar, apabila hampir kering masukkan cili dan kunyit hidup yang dikisar halus bersama dengan serai yang dikisar tadi. Masak lagi hingga agak kering dan baru la masukkan santan kelapa. Kacau sekali sekali untuk mengelakkan hangus di bahagian bawah. Bila kuah agak kering masukkan daun kunyit, asam gelugor, rasa garam secukupnya.
 
Rendang ini sedap di makan bersama dengan nasi impit, lemang or nasi panas.. :))


No comments:

Post a Comment