Tuesday, 18 September 2012

KEK BATIK ARORA...ku jatuh cinta rasa pertama....:))

Salam semua...petang tadi terasa lama sangat ku habiskan masa kat dapur..just nak sediakan kek istimewa ni...memang aku benar-benar jatuh cinta dengan kek ni sejak kali pertama  merasanya ketika beraya di rumah Mat Gebu di Sedenak (www.tiffinbiru.com) ...sepatutnya tak perlu mengambil masa yang lama tapi disebabkan terlalu berhati-hati (almaklum first time nak cuba) tu yang jadi satu jam just nak sediakan bahan-bahan sebelum baking...apa-apapun nak bagi tau jangan compare warna kek ni dengan Mat Gebu punya...memang Mat Gebu punya cun melecun...orang professional yang buat....aku bagi peringkat junior..hehehehehe...inshaAllah..jika diberi peluang sekali lagi mesti ada improvement...yang penting rasa tetap sedap walaupun tanpa pandan paste & blueberry emulco....:)) (yang pasti lepas ni blueberry emulco dan pandan paste mesti ada stok kat rumah!!!!)

Bahan-bahan;

250grm butter
100 grm gula kastor
1 camca teh ovellate
3/4 cawan susu pekat manis
250 gram tepung gandum **
2 camca teh baking powder** ayak bersama
6 biji telur Gred A
5 jenis perisa (aku ikut perisa Mat Gebu)
  Coklat Emulco
  Oren Emulco
  Strawbery emulco
  Pewarna purple - tak ada Blueberry emulco
  Pewarna hijau - tak ada pandan paste

Cara membuatnya;

Panaskan oven 175'C. Untuk kek nampak cantik gunakan tin kek yang lubang tengah, Sapukan sedikit butter dan tepung di tin kek. Pukul butter, gula dan ovellate hingga kembang dan putih. Masukkan susu, gaul sebati,kemudian masukkan telur sebiji sebiji. Bila dah sebati kesemuanya, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Pukul perlahan atau boleh kacau dengan gunakan spatula sahaja. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian. Setiap bahagian campur dengan satu perasa/pewarna di atas.

Masukkan setiap adunan yang telah bercampur perasa tadi ke dalam plastik (lagi senang guna piping bag) kemudian guntingkan hujungnya dan lingkarkan adunan di tapak tin kek. Buat kaedah yang sama untuk lapisan kedua untuk perasa kedua dan seterusnya berselang seli hingga abis. Kemudian bakar lebih kurang 45 minit. Cucuk kek dengan cake tester, jika tak melekat keluarkan dari oven. Biarkan sejuk sebentar kemudian baru la keluarkan dari tin kek. Untuk hiasan taburkan gula aising or snow powder di atas kek dan boleh la dihidangkan.


No comments:

Post a Comment