Monday, 6 August 2012

ONDEH-ONDEH...BUAH MELAKA...KUIH KELEPUNG...:))

Salam semua....hari ni berbuka di rumah mertua lagi....as usual walaupun berbuka di rumah mertua aku akan tetap masak at least satu jenis lauk berserta dengan kuih...so petang tadi aku masak gulai daging salai dan manisannya plak kuih  yang paling senang di buat...ondeh-ondeh..ada yang panggil buah melaka. Kalau kat Negeri Sembilan kami panggil buah kelepung atau dengan loghat negerinya "kolopung"...hehehehe...sebabnya....bila masak dia terapung...:))

Bahan-bahan;

500grm tepung pulut
10 helai daun pandan
1 cawan air
1 mangkuk kelapa parut - ambik putihnya sahaja
1- 2 ketul gula enau / melaka
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

Cara menyediakkannya;

Goreng kelapa parut bersama dengan garam seketika tanpa minyak. Seperti membuat kerisik tapi jangan lama sangat. Agak-agak kelapa dah panas padamkan air. (Untuk mengelakkan kelapa cepat basi).Panaskan air dalam periuk. Simpulkan 2 helai daun pandan dan masukkan ke dalam air rebusan.  Potong gula enau/melaka kecil-kecil. (Aku suka saiz kecil2..senang masuk mulut sekali ngap jer..hehehe) Potong daun pandan kasar-kasar kemudian dikisar bersama dengan secawan air. Tapiskan dan titiskan sedikit pewarna hijau. Masukkan tepung pulut dalam mangkok adunan. masukkan  air daun pandan yang telah ditapis sedikit2 hingga adunan menjadi doh. Ambil dalam secubit adunan, bulatkan dan sumbatkan dengan gula enau tadi, tutup rapat supaya gula tidak keluar. Masukkan dalam periuk yang airnya sedang mendidih. Bila kuih dah terapung, keluarkan dengan penapis dan golekkan di atas kelapa parut yang telah disangai tadi.
Untuk dapatkan ondeh-ondeh yang sedap bergantung kepada gula yang digunakan. Kalau gunakan gula enau or gula melaka yang betul-betul asli memang sedap la ondeh-ondeh ini. Orang kata kalau nak tahu yang asli semasa memotong gula tu senang sahaja...tak keras. Kalau keras yang boleh baling kat dinding tak pecah tu memang sah la gula campuran....kalau di Negeri Sembilan memang kami dah kenal pasti di Jalan Kuala Pilah ada dijual..dibungkus dengan daun kelapa...agak mahal sikit tapi memang sedap dan original....:))

No comments:

Post a Comment