Salam semua.....bila tengok nama masakan ni mesti tertanya-tanya...kenapa bapa mertua??? Kenapa bukan mak mertua??? Ayah kandung ker??? Mak kandung ker??? hehehehe...ni jawapannya......briani ni rempahnya hasil masakan bapa mertuaku...sempena beliau yang buat rempah ni aku terus namakan briani bapa mertua.....kebetulan masa kenduri kahwin sepupu baru-baru ni salah satu menu utama ialah nasi briani....so aku pun ambil kesempatan suruh bapa mertuaku simpan sedikit untuk aku masak bila-bila. Bukan mudah nak masak rempah briani ni....ambik masa 4 ke 5 jam baru la kira jadi rempahnya....api plak tak boleh besar...kena kacau selalu supaya masak sekata....ngalahkan nak buat dodol...macam-macam bahan yang ada...minta maaf..apa resepinya..aku sendiripun tak tahu...apa yang ku nampak ada daun pandan, serai, bawang, halia.....seterusnya tak tau apa.... Bila dah adanya rempah ni aku hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk memasak nasi briani ni....rempah ni juga boleh digunakan untuk masak ayam briani...resepi ni aku belum khatam lagi....so kena tanya lagi dengan bapa mertuaku bila aku nak masak ayam briani tu...,.sebab itu hari ni aku masak ayam tu sekali dengan nasi...ala-ala nasi briani gam gitu....
Bahan-bahan ( untuk 2 orang makan)
2 cawan beras basmathi
1/4 ekor ayam
1 senduk rempah briani
1/2 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 inci halia - mayang halus
4 - 5 tangkai bunga cengkih )
1 biji bunga lawang )
4 biji buah pelaga ) bahan penumis
1 batang kecil kulit kayu manis )
1/4 cawan susu cair
1 sudu minyak sapi
2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit kismis
bawang goreng
Daun sup / ketumbar
Cara memasaknya.
Cuci beras basmathi dan rendam lebih kurang 10 minit kemudian toskan. Bersihkan ayam dan toskan. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Masukkan bahan penumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan rempah briani dan kacau mesra. Jika terlalu kering masukkan sedikit air. Masukkan ayam dan kacau sekali sekali sehingga ayam hampir masak. Masukkan beras bashmati dan gaulkan hingga kesemua beras telah diliputi rempah. Kemudian baru masukkan air dan garam secukup rasa. Bila hampir kering masukkan susu cair. Kecilkan api yang paling maksimun dan tutup periuk rapat-rapat. Nasi akan masak sepenuhnya dengan wap yang ada dalam periuk. Bila nasi dah betul-betul masak boleh la taburkan kismis, daun bawang dan juga daun sup atau ketumbar. Jika suka boleh taburkan gajus goreng.
Nasi briani ini lagi sedap kalau ada ayam briani dan dalcanya. Tapi disebabkan aku kesuntukkan masa sebab nak mengejar cerita Mexico di Astro Bella mula pukul 7 malam, aku hanya sempat goreng udang harimau sahaja...hahahaha...
Ini la dia rempah briani yang bapa mertua ku masak....kena simpan ditempat beku supaya tahan lama...boleh masak beberapa kali ni.....ianya memang amat menyenangkan aku untuk memasak...:))
No comments:
Post a Comment