Tuesday, 12 June 2012

CUBA-CUBA CUNGKIL BAKAT....hehehehe...

Salam semua...hari ni nak berkongsi pasal majlis perkahwinan sedikit....majlis kahwin ni berlangsung pada 9hb Jun di kampung Mantin, sepupu suamiku...walau apapun topik makanan mesti ada...... almaklum la....pecinta makanan la katakan...hehehehe.....selalunya bila tiba kenduri kahwin saudara mara aku hanya mengarah jer sesaper untuk buat lauk pengantin..tapi bila tiba majlis persandingan sepupu ni  terasa macam nak buat sendiri plak...sajer-sajer nak test bakat....tapi hanya ini jer la yang aku buat 100%...menu lain tetap aku serahkan pada yang lain....let see......
Boleh ke aku panggil nama di atas ni 'Udang Panjat"?? kira sesuai la kan...sebab memang udang ni tengah memanjat pun....hahahha...

Bahan-bahan;
20 ekor udang harimau
garam secukup rasa
serbuk kunyit
Lidi bunga telur
Minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan;
Telur Puyuh yang telah direbus
2 batang lobak merah
Sedikit Daun Bawang
6 biji cili merah
1 biji timun
Daun salad
4 biji tomato
1 biji nenas
lidi bunga telur
sedikit kapur sirih
batang pencungkil gigi

Cara membuatnya;

 Bersihkan udang dan toskan. Gaul bersama dengan garam dan serbuk kunyit. Cucukkan udang dengan lidi bunga telur. pastikan cucuk dari kepala hinggalah sampai ke ekor untuk mengelakkan udang melentik. Goreng sehingga masak dan sejukkan.

Cara menghias;

Cabutkan lidi bunga telur tadi yang digoreng bersama udang.Susun daun salad di atas pinggan hidangan. Kupas nenas kemudian susunkan udang menegak di sekeliling nenas tadi dengan  menggunakan pencungkil gigi. Potong lobak merah bulat-bulat, bentukkan seperti bunga. Cucukkan lobak merah dengan menggunakan lidi bunga telur. Kemudian masukkan daun bawang yang telah dipotong dlm seinci dan lobak merah semula. Buat 3 kali dan akhir sekali tutup dengan telur puyuh rebus. Susun di atas kepala nenas tadi.
Sementara itu cili merah dibelah 8 kemudian direndam dalam air kapur  lebih kurang 20 minit agar cili kembang melentik dan keras. selitkan beberapa tangkai cili merah yang telah melentik tadi di atas nenas tadi.
Untuk bunga tomato, potong sedikit di bahagian atas tomato kemudian bentukkan seperti zigzag. Sebenarnya dalam tomato ni nak letakkan sos cili tapi tak sempat buat.

Masa kenduri kahwin ni kakak aku pun ada datang dimajlis ni...diapun terkejut bila aku cakap aku yang buat...dia cakap tak sangka aku ada bakat terpendam....hahahaha...memang tak pernah buatpun selama ni....


Pada awalnya majlis kahwin ni nak buat secara sederhana sahaja....tapi bila dah tengok adanya canopy khas untuk meja makan pengantin terus idea datang untuk buat pelamin yang simple.....ala-ala mini pelamin gitu....terus aku call pengantin ni tanya nak bersanding tak??? hmmm...jawapan yang telah aku duga...mesti setuju....so keesokkannya terus aku busy mencari bunga-bunga hiasan ni.....berkat bantuan Pak Teh Azlan ni la hasilnya....

                                  
Pakteh tengah busy memanjat untuk susun bunga.....aku tukang komen dari bawah....nak memanjat takut tangga tu plak yang patah......hehehehe


80% siap.....mak dan bapa mertua ku bersanding lagi selepas 43++ tahun or maybe lebih kot....hahahaha....untuk nampak simple aku gunakan seti kayu jati dengan beberapa bantal kecil di atasnya...

akhirnya....bersanding juga pengantin di atas mini pelamin rekaan last minute.....tak sempat nak ambil gambar pelamin sebelum pengantin duduk bersanding.....sibuk sangat sampai terlupa nak ambik gambar....:((

Yang ni pula sumbangan ikhlas dariku untuk tetamu di bawah umur 12 tahun.....hahahaha....comel tak??? dalam kotak comel ni ada puding mangga seperti di luar tu...so di atasnya aku sengaja letakkan lolipop untuk nampakkan ala-ala bunga gitu....tapi tak sangka pada hari majlis yang umur 50 tahun ke atas pun berminat dengan gift ni.....layan jer la......

Akhir sekali aku dan suami ingin ucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan ini...SUKARNOMAN & ROFIZA" Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat......

AMIN.........



No comments:

Post a Comment