Wednesday, 9 July 2014

KUIH BADAK BERENDAM DURIAN

Assalamualaikum...Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog yang sempoi ni....dah masuk puasa hari  yang ke 10  baru nak update blog yer....hihiihi...baru ada masa sebenarnya....seperti setiap tahun aku memang tak pergi ke bazaar Ramadan kecuali hari Jumaat. Hari Jumaat as usual lepas kerja balik Seremban..so memang tak sempat la nak masak....kami akan berbuka di rumah mertua...sebelum ke sana aku dan en.suami akan pergi ke Bazar Ramadan, Paroi..kat stadium...Bazar  di sini memang seronok sikit....banyak pilihan dan tak bersesak....kami hanya beli kuih muih sahaja sebab mertua dah masak lauk pauk....yang tak boleh miss Roti John Ejan....memang marvellous... wajib beli...hari Sabtu plak keluarga mertua akan berbuka puasa di rumah kami...bila kat rumah semua menu 100% homemade yaa....beli-beli tak masuk...hihihihi.....Sabtu lepas aku buat kuih badak berendam durian....bulan puasa ni banyak plak durian...nak makan tak larat...lepas buat tompoyak...aku ambik sedikit untuk dicampurkan dengan inti kelapa...


Bahan-bahan;

Inti

1 biji kelapa muda tapi dah keras..bukan tua yer - diparut
250gram gula melaka
1 helai daun pandan - disimpul
3 ulas isi durian
secubit garam
250ml air

Doh

500gram tepung pulut
10 helai daun pandan
Air secukupnya
sedikit pewarna hijau

Sos / Kuah

3 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
garam secukup rasa
2 sudu gula

Cara menyediakannya;

Inti;
 
Masak gula melaka bersama air dan daun pandan hingga gula betul2 hancur, angkat dan tapis untuk buang abuk-abuk yang ada dalam gula melaka. Masak semula gula melaka yang telah ditapis dengan campurkan isi durian. Masak hingga isi durian hancur dan terpisah dari bijinya. Akhir sekali masukkan kelapa dan secubit garam. Masak hingga inti kering. Angkat dan ketepikan.
 
Doh;
 
Kisar daun pandan bersama dengan air, tapiskan. Tambahkan sedikit pewarna hijau dalam air pandan tadi. Masukkan air sedikit demi sedikit dalam tepung, gaul hingga adunan tidak melekat  di tangan.
  
Kuah/Sos;
 
Satukan semua bahan, masak sambil kacau tanpa henti hingga kuah pekat dan tutup api.
 
Panaskan air dalam periuk bersama dengan sehelai daun pandan yang diikat.Ambik sejemput adunan..leperkan dan isikan inti kelapa tadi, tutup semula...saiz ala-ala bola ping pong...cara yang sama seperti buat kuih buah melaka. Masukkan dalam periuk,bila dah terapung angkat dan masukkan dalam kuah santan tadi. Hidangkan...


Memang sedap sangat kuih badak berendam ini....ditambah dengan rasa durian..semua makan bersungguh-sungguh....
Penuh meja.....aku sempat buat mee kari jugak....lauk pauk simple jer....gulai puyuh salai, siput buluh grg bercili dan sayur campur....cukup la kan....syukur alhamdulillah.... :)

No comments:

Post a Comment