Monday, 9 December 2013

LABU SEKAYA @ SEKAYA LABU....apa-apa jer laaa......

Gara-gara tengok Chef Wan buat labu sekaya di channel AFC terus rasa nak cuba....nampak macam senang sangat....macam sedap walaupun tak pernah makan sebelum ni...Chef Wan buat guna telur itik...tapi aku guna telur ayam....telur itik tak ada...Labu Sekaya ini adalah pencuci mulut/ manisan dari Thailand...patut la semasa pergi Kota Bharu, Kelantan selalu jumpa tapi tak terfikir plak nak mencuba...semalam pergi Econsave, Seremban ada berlambak labu baru sampai....cantik-cantik.. dan murah sangat...sekilo RM0.99...kira RM1 la tu kan...akupun rembat sebiji yang bentuk agak leper....berat lebih kurang 1 1/2..sesuai sangat la nak buat labu sekaya ni...


Bahan-bahan;

1 biji labu (1.5kg)
5 biji telur ayam gred A
1 keping gula melaka
3 sudu besar gula pasir (boleh tambah kalau nak manis lagi)
200ml santan pekat
secubit garam
2 helai daun pandan / 2 sudu kecil esen vanilla


Cara menyediakannya;

Panaskan periuk kukus terlebih dahulu. Bersihkan labu.Potong bahagian atas labu. Buang segala isi kandungan dalam labu bersih-bersih.

Campurkan kesemua bahan dan blend hingga halus. (Gula melaka tu aku potong kecik-kecik dulu sebelum masuk blender..kalau tak rosak plak blender tu nanti yer). Kalau guna daun pandan ramas-ramas daun pandan dalam bancuhan kemudian keluarkan. Aku tak sempat nak ambik daun pandan kat belakang rumah sebab hari hujan, so aku gantikan dengan esen vanilla. Tapis adunan dan masukkan dalam labu tadi.
 Untuk mengelakkan labu bergerak semasa dikukus aku masukkan labu dalam loyang. Kukus lebih kurang 45 minit or hingga sekaya dah mengeras dan isi labu telah lembut.

 Sejukkan sebelum dipotong. Sedap sangat makan ketika sejuk-sejuk.
 
Selamat Mencuba!!!
 

No comments:

Post a Comment