Sunday, 20 October 2013

MINI PAVLOVA....sajer suka-suka....:))

Banyak kali sangat entri pasal pavlova dalam blog ni kan.....tapi nak buat macam mana...dah memang suka...bukan aku sorang....en.hubby pun suka....family pun suka.....nak buatnya pun tak la sesusah manakan....cuma kali ini aku buat dalam bentuk mini plak....pertama kali buat...resepi tetap yang sama cuma tempoh pembakaran dikurangkan sebab namapun mini kan...dan kuantiti whipping creams dan buah-buahan kena lebih 3 kali ganda dari buat pavlova yang sebiji tu...abaikan hiasan buah-buahan kat bawah ni yer....aku bab presentation ni memang selalu "fail"...yang penting sodapppp......huhuhu....


Bahan-bahan;

5 biji putih telur Gred A (suhu bilik)
1 cawan gula castor
1 sudu makan cuka (aku guna cuka epal)
1 sudu the esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung

Bahan Topping

3 cawan whipping cream (pukul hingga kental)
Buah-buahan ikut suka

Cara menyediakannya,

Panaskan oven, suhu 180'C lebih kurang 10 minit kemudian turunkan suhu pada 150'c api atas bawah yer. Pastikan putih telur tidak becampur dengan sedikitpu kuning telur dan mangkuk adunan mestilah kering. Pukul putih telur hingga berbuih kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil pukul degan kelajuan yang maximum hingga jadi meringue. Bila meringue dah nampak berkilat berhenti pukulan. (kalau nak tau meringue dah ok just terbalikkan mangkuk adunan...kalau tak jatuh kira ok la) Masukkan esen vanilla...gaul dengan guna spatula sahaja...kemudian...tepung jagung...dan akhir sekali cuka masak.Gaul balik dengan spatula sahaja.
 
Masukkan adunan meringue dalam piping bag. Picitkan adunan dalam mangkuk kertas kecil seperti dibawah.


Bakar lebih kurang 30 minit di rak tengah dalam oven or bila dah nampak meringue kering dan bertukar golden brown.

Bila meringue dah sejuk hiaskan dengan whipping cream dan buah-buahan pilihan. Sedap sangat makan ketika sejuk-sejuk..boleh lupa diri dibuatnya...hehhehe..
 klossap sikit.....comel jerkan......:))

gebu geban gitu.....hehehehe.....

1st time buat yang mini  baru aku tau boleh dapat  50 biji mini pavlova....banyakkan.... sebab tu seperti yang aku katakana awal tadi penggunaan whipping cream untuk mini ni 3 kali ganda dari buat sebiji pavlova...begitu juga dengan buah-buahan.....banyak nak hiaskan.....satu masalah besar buat aku dengan mini pavlova ni...bila makan memang tak hengat......sekejapan jer 5 biji hilang dalam perut.....hahahahaha......

Selamat Mencuba!! 

No comments:

Post a Comment