Monday, 7 October 2013

MENTARANG GORENG CILI

Semasa on the way balik dari Lumut nak ke Seremban singgah sebentar di Kuala Selangor....lepas merasa makan mentarang seperti di SINI beli sekilo jer....cuba untuk masak sendiri plak...peniaga tu kata boleh masak lemak cilipadi..boleh rebus....masak sambal.....so aku cuba masak seperti aku  masak lala....tengok resepi seperti di bawah;

 
Bahan-bahan;
 
1 kilo mentarang
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
suku inci halia
7 - 8 biji cili api
1 batang serai - dititik
sedikit minyak zaiton untuk menumis
1 sudu kecil sos tiram
 
 
 
Cara menyediakannya;
 
Cuci mentarang bersih-bersih. Aku guna span nak buang lumpur kat cengkerangnya. Kalau takat cuci dengan air memang susah lumpur nak hilang. Siap korek-korek bahagian dalam takut ada lumpur. Lepas cuci toskan. Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaiton. Semua bahan-bahan ditumbuk kasar. Tumiskan bahan-bahan perencah bersama serai yang dititik,bila dah naik bau, masukkan mentarang dan akhir sekali sos tiram. Kacau hingga kulit mentarang semua dah terbuka, sama seperti masak lala. Angkat dan hidangkan. Tak perlu letak garam yer sebab mentarang dah cukup masinnya.

Memang sedap sangat bila dicampurkan dengan sos tiram. Bertambah manis isi mentarang ini. Aku rasa now aku dah jadi peminat mentarang la plak....;))

No comments:

Post a Comment