Tuesday, 27 August 2013

KAWAN-KAWAN DATANG BERAYA

Assalamualaikum semua...masih lagi mood raya...open house sana sini...orang kata musim raya kalau hujung minggu boleh gantung periuk kalau banyak terima jemputan....hehehehe....tahun ni kami memang tak rancangpun nak buat open house kerana tiada pembantu....tapi disebabkan tak sampai hati dengan permintaan kawan-kawan so kami suami isteri hanya buat jamuan kecil-kecilan sahaja khas untuk teman-teman rapat sahaja pada 24hb Ogos yang lalu.....lebih kurang 50 orang tetamu yang hadir...satu kebaikkannya bila jemput kawan-kawan baru la berpeluang nak berborak sakan...kalau tak seperti tahun-tahun yang lepas memang tak dapat nak berbual lama kerana sibuk melayan ramai tetamu yang lain...in sha Allah tahun depan kalau ada rezeki dan  ramai pembantu boleh jemput ramai lagi kawan-kawan dan juga saudara mara. Seperti tahun-tahun yang lepas juga setiap menu yang terhidang dari air tanganku sendiri...itu baru puas hatikan....:))

Tahun 2013 kami hanya menyediakan menu hi-tea sahaja...majlis bermula pukul 4 petangkan....so tak ada la yang berat-berat yer..."main dish" aku sediakan soto ayam dengan mee kari serta spagethi Bolognese...mee kuning..beehoon dan nasi impit semua ada....


Dalam kesibukkan tak sempat nak ambik gambar main dish ni satu persatu...yang terhidang atas meja jer yang ada....sebahagian gambar ini pun aku copy dari facebook kawan yang datang ambik gambar hari tu...huhuhu...

 4 biji pavlova telah tersedia......sekejap licin...:))

 Kek Coklat Caramel.....ada pavlova ada la kek ni yer....:))

 Apam Polkadot.....pukul 12 malam aku buat apam ni tau....;)
 
 Lasagna.....4 mangkok casserole aku bakar!!!

 ni plak bahan-bahan untuk soto dan mee kari...macam-macam style dia orang campur...ikut suka...ada yang makan mee kari campur kacang goreng pun hado....hahahaha.. 


 Sos Bolognese.....ramai yang ingat kuah kacang...huhuhuhu...ada yang termakan nasi impit dengan sos Bolognese niii.....lain kali kena buat label la.....;)

 Sup Soto ayam....rempah soto khas import dari Batu Pahat tuuu......

Tetamu pertama yang datang.....peminat pavlova no.1

 2 biji butter cake turut aku sediakan....:))




 lepas makan ambik asap kat luar....hmmmm....

 Kawan sekolah lama...lepas 22 tahun baru jumpa.....borak sakan youuuuu.....

 Sebahagian tetamu yang hadir
 
Sebahagian jiran terdekat yang hadir....:))
 
Terima kasih kepada sahabat-sahabt yang sudi datang di rumah kami di Seremban...kebanyakkan mereka semuanya dari Kuala Lumpur...kehadiran anda semua amat dihargai..segala kekurangan harap dimaafkan yer.....:))

No comments:

Post a Comment