Aktiviti tetap lepas kerja setiap Jumaat, balik ke rumah kami di Seremban. Encik Hubby keluar office pukul 5.30, jemput aku kat office sampai lebih kurang 5.45petang...terus balik Seremban. Perjalanan kalau tak jam sangat pukul 7 malam dah sampai tapi kalau jam sangat pun paling lewat pukul 8 malam. kami hanya mengadap kesesakan di sekitar Kuala Lumpur sahaja.. jarang sekali kami ikut Lebuhraya PLUS (KL-Seremban) yang sentiasa sesak kecuali bukan hari Jumaat atau hari-hari yang esoknya ada public holidays...kalau nak masak kat highway, ikut la lat PLUS pada hari Jumaat or esoknya public holiday yer....hahahaha....dari office aku di Jln Tun.H.S Lee, Encik Hubby ikut jalan ke arah Stadium Merdeka, kemudian ke Jln Loke Yew dan terus ke Highway Cheras-Kajang...once dah lepas sajer tol Cheras-Kajang Encik Hubby akan memecut yang buatku kecut perut sepanjang LEKAS Highway...huhuhuhu.....sometime sebelum pukul 7 malam dah sampai Seremban....sampai rumah jer terus keluarkan bahan-bahan yang nak dimasak dalam sinki...lepas solat Maghrib baru la aktiviti aku bermula...malam ni aku masak gulai ikan kembong dengan beberapa lauk lain....aku tak berapa makan sangat ikan kembong.....ni permintaan Encik Hubby....
Bahan-bahan;
2 ekor ikan kembong saiz besar
15 biji ciliapi }
1/2 inci kunyit hidup } kisar halus
3 biji bawang merah - hiris
10 biji belimbing buluh - belah 2
2 batang serai - dititik
400ml santan kelapa
1 keping asam gelugor - jika perlu
garam secukup rasa
Cara Menyediakannya;
Bersihkan ikan dan toskan. Masukkan ikan, bahan yang dikisar, serai, bawang dan belimbing buluh dalam periuk. Aku lagi suka masak gulai dalam kuali, senang nak kacau dan ikan pun tak hancur. Biarkan mendidih seketika dengan api perlahan. Masukkan santan. Kacau sekali sekali agar santan tidak naik minyak. Rasa garam secukupnya, kalau kurang masam boleh tambahkan sekeping asam gelugor.
Encik Hubby kalau masak gulai ikan kembong ni dia suka rasa masam-masam sikit..tapi bukan la masam sangat yer....masam-masam sedap.....selain dari gulai ni aku masak yang ni jugak...
Udang Goreng Kunyit...
dan....
Kangkong Goreng Belacan...
Pukul 9 malam makan time....
jemput makan semua........Bismillah..........:))
No comments:
Post a Comment