Saturday, 29 December 2012

PUDING KARAMEL LEMON....

Lepas buat pavlova 2 biji aku terpikir-pikir apa nak buat dengan kuning telur yang banyak ni.....takkan nak buangkan....sayang......memang tak sanggup aku nak buang kuning telur ni...dulu lepas buat pavlova aku pernah goreng buat telur dadar....encik suami langsung tak nak makan...pelik katanya bila tengok semua kuning.....hehehehe....busy aku semak resepi...hmmm...tak ada yang sesuai coz semuanya mesti guna dua-dua..putih dan kuning....tiba-tiba terpikir puding karamel.....tapi biasanya puding karamel guna putih telur jugak....kali ini aku gamble jer....

 
Bahan-bahan;
 
8 biji kuning telur
2 biji telur (putih + kuning)
1 1/2 cawan susu segar
1/2 cawan sus pekat
2 sudu esen vanilla
1 biji lemon - parut kulitnya
5 sudu besar gula
1 cawan air
 
antara bahan yang aku gunakan tadi..
 
Cara membuatnya;
Masak gula hingga bertukar warna karamel.Perlahan-lahan masukkan satu cawan air dan kacau hingga semua gula hancur. Hati-hati ketika masukkan air ...salah langkah boleh kena muka....ketepikan dan biarkan sejuk.
 
Panaskan periuk kukus terlebih dahulu.
 
Pukul telur kuning + 2 biji telur rata..tak perlu kembang...just kacau dengan whisk jer...masukkan susu pekat, susu cair, esen vanila dan kulit lemon yang telah diparut.
Masukkan gula karamel yang telah disejukkan tadi dalam loyang.
 
Masukkan adunan dalam loyang yang berisi gula karamel. Kukus lebih kurang 20 minit. Selepas masak keluarkan dari periuk kukus dan sejukkan sebentar. Simpan dalam peti ais.Sedap sangat bila makan ketika sejuk-sejuk.
 
Hmmmm...marbeles bila letak kulit lemon yang diparut....sebelum ni fikir mesti hanyir sebab banyak guna kuning telur tapi ternyata lagi sedap bila adanya rasa lemon dan vanilla....malah tesktur puding lagi cantik berbanding menggunakan banyak putih telur...so lepas ni kalau ada pavlova adalah puding karamel lemon ni.....confirm kuning telur tak membazir dah....:)) 
 
 
 


No comments:

Post a Comment