Monday, 10 September 2012

NASI KABSA..

Salam semua...nasi kabsa ni aku masak untuk jamuan rumah terbuka hari raya di rumah kami baru-baru ni. Resepi di bawah ni telah aku adjust untuk saiz hidangan yang lebih kecil...masa jamuan hari raya kami telah masak lebih kurang 9kg beras basmathi untuk nasi kabsa ni...


Bahan-bahan;

3 cawan beras basmathi
3 cawan air
1 batang kulit kayu manis      )
6 biji bunga cengkih              )      
3 biji buah pelaga                  ) bahan penumis
2 helai daun bay                    )
3 kuntum bunga lawang        )
1 biji bawang besar - potong dadu kecil
1 inci halia - mayang halus
2 ulas bawang putih - mayang halus
1 biji tomato - potong dadu kecil
2 sudu minyak sapi
3 sudu minyak zaiton
2 sudu rempah kabsa**
2 sudu kismis
1 biji lemon hitam/kering - boleh dapati di kedai arab
1 batang karot - hiris halus
1/2 ekor ayam or 600 grm kambing (ikut suka)

Rempah Kabsa

2 sudu jintan manis**
3 sudu biji ketumbar**
2 sudu jintan putih**
10 kuntum bunga lawang**
2 sudu bunga cengkih**
2 sudu buah pelaga**
1/2 sudu lada hitam**
1 sudu serbuk cili
1 sudu kunyit serbuk

Goreng tanpa minyak kesemua bahan bertanda ** kemudian kisar halus kesemuanya. Gaulkan bersama dengan serbuk cili dan serbuk kunyit. Simpan dalam bekas kedap udara dan boleh digunakan bila-bila nak masak nasi kabsa.

Cara memasak nasi;

Rendam terlebih dahulu beras basmati lebih kurang 10 minit dan kemudian toskan. Panaskan minyak sapi dan minyak zaiton dalam periuk. Masukkan bahan penumis hingga naik bau kemudian masukkan halia, bawang besar + putih hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan limau kering,tomato dan rempah kabsa, masak hingga tomato hancur dan naik bau dan baru masukkan ayam or kambing. (masa jamuan aku hanya gunakan serbuk pati ayam untuk menggantikan ayam or kambing kerana masak banyak).Bila ayam dah hampir masak masukkan beras dan air. Taburkan kismis dan karot yang telah dihiris tadi di atasnya. Tutup periuk hingga hingga nasi masak. Kacau nasi selepas 20 - 30 minit nasi masak untuk mengelakkan beras patah.

Dengan resepi ni anda tak perlu lagi nak belanja mahal-mahal makan diluar..hehehehe...Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment