Tuesday, 24 July 2012

URAP PEGAGA...

Salam semua...lama jugak rasanya tak update blog ni....almaklum la bila Ramadhan tiba masa agak terkejar-kejar sikit...lepas pejabat terus tergesa-gesa nak balik rumah untuk sediakan hidangan berbuka..bila bulan Ramadhan ni selera pun macam-macam...yang dah lama tak buat semua terkenang balik...ini salah satu menu yang memang dah lama sangat aku tak buat....Urap Pegaga...


Bahan-bahan;

1 ikat pegaga
1 cawan kelapa parut
1/2 sudu udang kering
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
4 -5 biji ciliapi - boleh kurangkan kalau tak suka pedas
2 biji cili merah
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya;

Bersihkan pegaga, toskan kemudian dihiris. (aku lagi suka hiris kasar2). Buang biji cili merah. Kemudian dikisar kering bersama dengan bawang putih, bawang merah dan udang kering. Panaskan kuali tanpa minyak. Masukkan bahan yang dikisar tadi, kacau supaya tidak hangus kerana tidak ada minyak. Bila dah agak masak masukkan kelapa serta secubit garam. Kacau lagi hingga kelapa agak ringan tapi jangan terlalu kering, hilang plak lemak kelapa itu nanti. Angkat, biarkan sejuk sebentar dan baru la digaul dengan pegaga yang telah dihiris tadi.


Ini juadah berbuka hari ni...asam pedas ikan kurau, ayam goreng halia, roti jala + kari ayam dan urap pegaga...memang sesuai sangat la makan urap ni dengan asam pedas...lately ni aku macam malas sajer nak masak sayur...hubby pun macam dah kurang makan sayur...bila buat ulam-ulaman begini baru la habis dimakan....sayur jugakkan....:))



No comments:

Post a Comment