Thursday, 5 July 2012

CUTI-CUTI KUCHING....Day 1...Aktiviti Makan...:))

Salam semua....hampir 2 tahun kami tidak ke Kuching...akhir sekali pada tahun 2010...sebenarnya pada tahun lepas kami telahpun menempah tiket tambang murah Air Asia untuk ke sini tapi seminggu sebelum kami bertolak, keluar berita ada kemalangan kapal terbang Air Asia di Kuching Airport...beberapa penumpang dimasukkan kehospital akibat kecederaan...tiba-tiba terasa takut plak nak teruskan....dan terpaksa percutian dibatalkan...hotel belum booking boleh cancel anytime ...cuba kalau dah bayar..hmmm...rugi tuu....hehehehe....so pada hari ini kami mengambil peluang semula untuk di sini...tetap jugak dengan Air Asia....dah tambangnyer murahkan....huhuhuhu.....

Kami menaiki penerbangan pukul 8.30 pagi dari LCCT....tengok la muka ni....masih ngantok....bangun pukul 4.30AM...macam ni laaa...pukul 6.45 kami dah sampai di airport...


Kami sampai kali ini tepat ikut schedule...10.20AM....masa di LCCT tadi aku dah ambil breakfast di Taste of Asia tapi my hubby just minum sahaja...takut perut meragam dalam penerbangan katanya...so sampai Kuching International Airport kami terus ke McDonald untuk breakfast dan breakfast kedua untuk aku...wowowowo.....

Selepas breakfast kami terus ambil taxi  menuju ke hotel. Kami menginap di Hotel Grand Margherita (dahulunya Holiday Inn). Tambang teksi dari airport ke hotel  RM26.
Breakfast included....hahaha....itu yang penting!!!

Tahun 2010 kami telah menginap di sini dan memang seronok tinggal di hotel ni kerana lokasinya yang strategik..di tepi sungai...tapi masa dulu kami hanya dapat bilik facing city view...and this time ada rezeki kami dapat bilik yang berhadapan dengan waterfront....new wing....masa kami pergi dahulu masih dalam proses renovations...memang cantik pemandangan waterfront dari dalam bilik yang memang amat selesa...
11.40AM kami dah dapat bilik....Sorry la...gambar agak berserabut...letih sangat..masuk jer terus dah terlentang...lepas tu baru teringat nak ambil gambar...asalnya memang kemas...hehehehehe....

Swimming pool yang besar..... :))

Selepas berehat seketika kami decide untuk lunch di hotel sahaja tapi malangnya hari ni hotel ni tak ada plak lunch buffet ....my hubby kata dia nak makan buffet..McD tadi hanya alas perut....so layan jer laaa......lastly kami decide untuk makan di Waterfront Cafe, Hilton Hotel jer yang terletak seberang jalan dan berhadapan dengan Grand Margherita ni...di Kuching buffet lunch bermula pada pukul 11.30am till 2.30pm. Kami sampai di sini tepat pukul 1pm..


Not bad jugak food di Waterfront cafe ni...cost per person cuma RM38++. Menu plak more on International Cuisine....ramai "Mat Salleh & Minah Salleh" jer yang lunch kat sini....
Tengok la muka orang yang tengah lapar makan.....:p

yang ni plak memang sentiasa lapar jer....hahahaha.....

Selesai lunch kami balik semula di hotel...nasib kami agak baik..sampai jer di bilik hotel hujan pun turun dengan lebatnya berserta dengan petir berdentang dentung...apalagi...perut dah kenyang...matapun dah tak boleh bukak....tido la......hehehehe....

bukan kami tengok tv....tapi tv yang tengok kami....zzzzZZZZ......

Selepas solat Maghrib, kami menyambung semula aktiviti berhampiran hotel...kat mana lagikan....WATERFRONT la.....kadang-kadang terfikir jugak..kenapa la Sungai Klang kat KL tu tak di jaga cantik macam ni...let see...
Malam yang sangat cantik...sayang kami tak ada camera DSLR...kalau tak gambar lagi menarik...camera  nak kena masuk dalam budget ni ..hehehehe...untuk ke seberang sungai, bot kayu di sediakan...tambang hanya RM0.50 seorang....
Wajah nampak tersenyum tapi sebenarnya dalam hati Tuhan jer yang tau....takut sangat....dok terfikir kalau terbalik habis aku..dah la tak ada pelampung!!!..tapi sebenarnya tak sampai 2 minit jer dah  ke seberang...
fuhhh...lega rasanya bila dah keluar dari bot ni.....

Nama tempat di seberang, Kampung Boyan...kat sini juga terdapat kedai kek lapis Dayang Salha...tapi dah malam...kedai pun dah tutup.....

Lunch di siang hari tadi masih lagi terasa...jadi kami buat keputusan untuk dinner di My Village Borak, belakang Kampung Boyan Food Court...restoran ni memang tradisional sungguh...rumah kayu....kami pernah makan Midin Belacan di sini..memang sedap...tapi malam ni tak ada rezeki kami....midin tak ada la plak....
Agak seriau sikit...tangga kayu tinggi...terpaksa berpaut kat tepi tangga....:((
Masak di bawah rumah....
Ayam dibakar secara tradisional...memang sedap....

Menu...
Menu kami malam ini di My Village Borak...Nasi Ayam Penyet....ayam yang dibakar tadi...memang menyelerakan...kena plak dengan ulam2an.....walaupun perut tak berapa lapar tapi kami berdua makan sampai licin....sedappppppp......:))

Hiasan tradisional Sarawak dalam My Village Borak....

Selepas makan, kami terpaksa menyeberang sungai semula dengan bot kayu...adusss.....kecut lagi perutku....sampai di seberang kami terus berjalan sepanjang waterfront...sampai kakiku longlai.....:((

banyak jual souviner kat sini....cantik2...
Dewan Undangan Negeri Sarawak....cantik sangat di waktu malam..
Sarawak River Taxi...hanya untuk siang hari sahaja...
kalau nak belayar ala-ala gaya mewah boleh la naik ni....

Astana....sambil berjalan sepanjang waterfront kami hampir ke sini...dah nak penghujung....adus.....jauh jugak kerana lepas tu kami terpaksa berpatah semula kerana untuk balik ke hotel....macam mana kaki tak longlai????

Cukup untuk aktiviti hari ini yang sememangnya penuh dengan makan-makan sahaja....kamipun hanya menghabiskan masa di kawasan yang berdekatan dengan hotel sahaja...InshaAllah esok kami akan berkunjung di Kampung Kebudayaan Sarawak.....tak sabar rasanya nak melawat tempat tu....ramai blogger yang memberikan komen positif tentangnya di samping beberapa tempat yang perlu ku kunjungi esok...dan semestinya juga operasi mencari kek lapis especially Rabiah Amit di Plaza Astana...wajib pergi beb......nak tido dah......good nite!!!


No comments:

Post a Comment