Tuesday, 26 June 2012

KUIH CARA BERLAUK....

Salam semua....kuih cara berlauk ni aku buat untuk minum petang hari Sabtu baru ni...ni gara-gara tengok blogspot Mat Gebu yang buat Kuih Bakar Daging....nampak macam sedap sangat...ooo yer ....sebut pasal Mat Gebu ni...aku nak berkongsi sikit....selama ini aku hanya tengok resepi-resepi dia sahaja tanpa ingin mengenali siapa dia sehinggalah hari raya tahun lepas kami sekeluarga berkunjung di rumah nenek saudara (adik bongsu nenekku)  di Sedenak, Johor....yang selalu kami panggil Induk Yah or Makyah...dan memang aku amat tahu anak bongsu Induk Yah ni memang suka memasak dari kecil lagi....dan tak kusangka rupanya dia adalah Mat Gebu...hahahaha....rupanya sedara sendiri...macam mana la aku nak tahu..sebab selalu panggil dia Nan jer....hmmmmm....sempat juga dia bagi aku resepi nak buat sardin sendiri....tapi sorry la Nan...sampai sekarang belum buat lagi sebab belum jumpa pressure cooker yang betul2 berkenan dihati...walau apapun resepi masih ada dalam simpanan....:))
Sebelum melalut panjang, sebenarnya memang nak cuba resepi kuih bakar yang mat gebu buat tu...tapi tak ada acuannya plak....ada jual di kedai bahan kuih kat Bangi tu tapi rasa macam tak confident plak nak buat...sebab bukan tembaga dan tak ada penutup plak tu...kena cari ke Terengganu agaknya....kat Bangi semuanya jual yang besi...akhirnya dari kuih bakar daging terus bertukar kuih cara berlauk....daging gakkan....hehehehe....

Bahan-bahan;

Intinya; (bahan A)

250 gram daging kisar
3 biji kentang -potong dadu kecil (tak letakpun tak apa)
2 sudu rempah kari
2 sudu rempah kurma
1 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih - cincang halus
Garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Daun sup - hiris nipis
2 biji cili merah - potong nipis

Bahan B
4 cawan tepung
6 cawan santan
2 biji telur
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

2 helai daun pandan
1/2 cawan minyak

Cara menyediakannya;

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan daging kisar. kacau sehingga menjadi seolah-olah serunding dan baru masukkan kentang. kacau sentiasa agar tidak melekat. Jika terlalu kering masukkan sedikit air. Kemudian masukkan rempah kari dan kurma. Gaul mesra sehingga kentang empuk dan rasa garam secukupnya. Sejukkan dan baru la taburkan dengan daun sup yang telah diracik tadi.

Gaulkan tepung, telur dan garam kemudian barulah masukkan santan perlahan-lahan. Masukkan sedikit pewarna kuning. Kacau sebati dan tapiskan ke dalam mangkok yang lain. Sementara itu panaskan acuan kuih cara di atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil sekali. Untuk lagi mudah masukkan adunan kuih cara dalam jag air yang bermuncung untuk memudahkan menuang adunan dalam acuan. Lipat dua daun pandan dan masukkan minyak dalam mangkok kecil.

Sapukan sedikit minyak dengan menggunakan daun pandan di dalam semua lubang acuan kuih. Tuangkan teopung adunan hampir penuh dalam acuan. Kemudian masukkan inti daging tadi serta hiaskan dengan cili merah yang telah dihiris tadi. Jika acuan tidak mempunyai penutup, boleh gunakan tudung periuk yang sama saiz dengan acuan. Tapi masa aku buat ni, tudung periuk pun aku tak ada, so aku hanya tutup dengan menggunakan aluminium foil. Tapi kena berhati-hati...silap langkah boleh terbakar dapur...:)) Apabila kuih dah masak keluarkan dari acuan dengan menggunakan sudu.

Dah habis semua kena bakar....dengan adunan banyak ni aku dapat hampir 80 biji kuih cara berlauk...bila siap semua terus aku hantar kat rumah kakak ku di Lavender Height dan satu tupperware lagi di rumah mertua di Golf Height....selesai semuanya...alhamdulillah.....dapat berkongsi rezeki...kuih cara berlauk ni memang kegemaranku di bulan puasa..tak sah rasanya kalau tak beli kuih ni di bazar Ramadhan sebab pada masa tu aku fikir macam susah sangat nak buat kuih ni....bayangkan...3 biji di jual RM1...inti plak sedikit sahaja....untung betulkan....tapi bila buat sendiri ni memang berbaloi la....rasa dagingnya sampai ke dalam...kalau jual 3 biji RM1 pun tak pulang modal ni....hahahaha....cuma kena la berkorban sikit..berdiri lama sikit kat tepi dapur tu.....berpanas sekejap....:))

No comments:

Post a Comment