Wednesday, 20 June 2012

DAGING SALAI LEMAK CILI API...

Salam semua....hari ni aku masak resepi ulang  tayang cuma diubah sedikit sahaja...ingat malas nak masak sebab berpuasa...plan nak buka puasa kat luar tapi my hubby kata dia nak makan di rumah plak...suruh aku masak...hmmm....masak jer la...tengok dalam freezer masih ada lagi beberapa keping daging salai....cukup la untuk kami berdua...ingatkan nak campur dengan pucuk ubi tapi hubby kata angin...so dia suruh aku masak dengan kentang jer...hmmm ....aku hanya menurut perintah....hehehehe...

 
Bahan-bahan;

300 gram daging salai
2 biji kentang - belah 4
20 biji ciliapi
1/2 inci kunyit hidup
3 cawan santan pekat
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 keping kecil asam gelugor
garam secukup rasa
2 batang serai

Cara memasaknya.

Potong daging salai nipis. Kisar ciliapi, kunyit hidup, halia dan bawang putih halus.Rebus daging salai bersama dengan bahan kisar sehingga daging empuk. Masukkan serai yang tealh dititik sekali. Apabila daging telah empuk masukkan santan dan juga kentang. Masak sehingga kentang empuk dan baru kla masukkan sekleping asam gelugor. (jangan masukkan asam gelugor awal untuk mengelakkan kentang lambat empuk. Rasa garam secukupnya. Kacau sekali sekali untuk mengelakkan santan naik minyak. Rasa garam secukupnya dan padamkan api.



No comments:

Post a Comment