Saturday, 5 May 2012

ASAM PEDAS IKAN MERAH NENAS

As usual Sabtu adalah hari yang paling busy sekali...lepas breakfast pergi pasar beli stok untuk seminggu..kat pasar hanya untuk barang basah sahaja...lepas pasar pergi plak hypermarket...kat Seremban ni hanya 3 hypermarket yang selalu kami pergi sama ada Carefour, Tesco or Econsave....hari ni kami pergi Econsave kerana hanya kat Econsave dapat beli cili api kampung sebab harganya memang murah...1 kilo RM6.50....murah ke tak??? selain dari tu sayur-sayuran dia pun harga amat murah...bukan sahaja murah tapi segar bugar...sampai rumah kena kemas plak semua ikan-ikan, udang, sotong dan ayam yang dah beli tadi....aku selalu buat kalau seekor ikan tu di potong 6 aku akan bahagikan pada 3 bahagian...2 potong untuk setiap plastik so bila nak masak hanya keluarkan bahagian yang perlu sahaja....dalam masa yang sama dapat mengekalan kesegaran ikan or ayam yang tidak perlu kena defrost kesemuanya...memang agak rumit sikit tapi memudahkan bila nak memasak...ishhh...panjang plak aku membebel.....so today  hanya ini jer yang mampu ku masak untuk lunch tadi walaupun lunch nak dekat pukul 3 petang...hehehehe.....


Bahan-bahan;

4 potong ikan merah
1 gengam daun kesum
1 batang bunga kantan
1/2 biji nenas
1 1/2 senduk cili kisar - boleh kurangkan jika tak suka pedas
6 biji bawang merah
sedikit belacan
4 ulas putih
1/2 inci halia
15 biji lada hitam
1 cawan air asam jawa
3 cawan air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara memasak;

Bersihkan ikan dan rendam lebih kurang 10 minit dalam air asam jawa kemudian toskan. Buang kulit nenas dan bersihkan hidungnya. Potong dua dan buang tempulurnya. Hiris kurang dari 1/1 inci tapi tidak terlalu nipis.

Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tumis bahan yang telah dikisar tadi hingga naik bau dan warna agak kekuningan kemudian masukkan cili kisar berserta sedikit beklacan tadi. Kacau hingga cili betul masak dan telah pecah minyak. Masukkan nenas yang telah dihiris tadi. Masukkan sedikit air dan biarkan nenas agak empuk sedikit. Kemudian masukkan ikan dan air asam jawa serta air.  Setelah mendidih masukkan lada hitam yang telah ditumbuk halus tadi,. Kemudian bunga kantan yang telah dihiris halus serta daun kesum. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat sedikit. Rasa garam secukupnya dan boleh la dihidangkan.

Aku lebih suka bunga kantan dihiris nipis jadi semasa makan dapat rasa kerangupan bunga kantan tu selain dari aromanya yang amat menyelerakan. Asam pedas sedap bila dihidangkan dengan telur asin. Selamat Mencuba!!!

No comments:

Post a Comment