Sunday, 1 April 2012

NASI HUJAN PANAS....

Bersesuaian dengan cuaca sekarang ni yang sekejap panas sekejap hujan so aku pun teringin nak makan nasi hujan panas...hehehehe.....walaupun badan tak berapa sihat tetap digagahi juga masak nasi hujan panas ni...sebenarnya bukan apa...semalam buat kenduri sempena my father nak pergi umrah ada masak kari kambing....so ada bawak bekalan kari kambing tu sedikit...nak rasa kari tu lagi power memang sesuai sangat dengan nasi hujan panas ni....actually nasi hujan panas ni sama dengan nasi minyak...mungkin disebabkan ada beberapa warna tu yang jadi hujan dan panas agaknya la..dan FYI ini pertama kali aku mewarna nasi ni..nampak tak berapa menyerlah sangat tapi lepas ni kena pekatkan sikit pewarna ni..;p

Bahan-bahan;

4 cawan beras basmathi
4 cawan air
1/2 cawan susu sejat (kalau suka lemak boleh letak 1 cawan)
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 helai duan pandan disimnpul
1/2 inci halia - dimayang halus
3 ulas bawang putih- cincang halus
3 kuntum bunga lawang*
1 batang kulit kayu manis*
15 kuntum bunga cengkih*
5 - 6 biji buah pelaga - dipecahkana* bahan penumis
2 sudu minyak sapi
1 cawan kismis
bawang goreng
1 kiub pati ayam
1 pokok daun ketumbar
Gajus Goreng
Sedidkit garam
Sedikit pewarna - oren, hijau, merah (ikut suka)

Cara-cara;

Rendam beras bastmathi lebih kurang 10 minit dan toskan. Panaskan minyak sapi. Tumiskan semua bahan penumis bersama daun pandan. Setelah naik bau masukkan bawang putih, bawang besar dan halia. Kacau hingga naik bau dan bawang telah layu. Masukkan beras dan goreng lebih kurang seminit. Masukkan beras dalam rice cooker. Masukkan air dan susu sejat bersama kiub pati ayam yang telah dihancurkan serta garam. Setelah nasi masak buatkan 3 lubang. Bancuhkan pewarna dengan satu sudu air setiap satu. Masukkan setiap pewarna ke dalam lubang yang telah dibuat tadi. Biarkan sebentar dalam 10 minit. Pastikan rice cooker dalam status keep warm. Kemudian gunakan chopstick untuk kacau nasi tersebut. Taburkan bawang goreng, kismis dan daun ketumbar yang telah dihiris. Bila hidang hiaskan dengan taburan gajus goreng.


Selain dari kari kambing, nasi hujan panas ni sedap dimakan bersama ayam masak merah dan juga acar pencak atau orang lain panggil acar mentah. Tapi untuk lunch tadi aku tukarkan acar pencak or mentah tu kepada salad.
kalau ada masa aku akan masukkan resepi ayam masak merah ni....masak merah ni aku campurkan dengan secawan kismis....:))

No comments:

Post a Comment