Sunday, 22 April 2012

KUIH LAPIS....

Seremban hujan lebat petang ni....tapi kat dalam rumah tetap berpanas...walaupun hujan bahang panas tetap ada....syukur alhamdullillah....dah lama tak buat kuih lapis ni untuk minum petang..kebetulan family mertua ada kat rumah...sesuai sangat la buat kuih ni....jadi petang ni aku buat 2 jenis kuih...kuih lapis dan roti jala..

Bahan-bahan;

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
100 gram santan serbuk
3 cawan air
secubit garam
1 sudu kecil  minyak masak
Pewarna - ikut suka

Cara-cara;

Panaskan periuk kukus. Masukkan air dahulu ke dalam blender kemudian tepung gandum + beras, santan serbuk, gula, minyak dan secubit garam.  Blend kesemuanya hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan titiskan pewarna yang disukai. Sapu loyang dengan sedikit minyak or butter. Masukkan sesenduk dalam loyang dan kukus selama 10 minit or bila permukaan telah kering. Kemudian masukkan lagi sesenduk adunan warna yang lain dan kukus semula. Buat hingga selangseli hingga abis. Apasbila sudah masukkan lapisan terakhir kukus lebih kurang 20 minit. Angkat dan sejukkan. Cantik dipotong bila kuih betul-betul sudah sejuk.

Note: selalu aku lagi suka menggunakan warna hijau dan merah tapi pewarna merah telah kehabisan lepas buat red velvet semalam. Jadi gunalah pewarna oren tapi terpekat la plak....hehehehe.....yg penting rasa tetap sama...:p

No comments:

Post a Comment