Sunday, 18 March 2012

KEK PRUNE KUKUS....

Dah beli prune 2 hari tapi macam tak berusik plak....terus terpikir apa boleh buat dengan prune ni supaya habis cepat dan sebelum suamiku kata suka beli jer tapi tak makan....hahahaha.....beli buku resepi sikit punya banyak tapi semua tertinggal kat KL...kalau tak macam-macam benda boleh buat...tapi apa nak risau internet kan ada....just type kek prune kat google macam-macam yang keluar....cuma aku notis hampir 6 blogger yang buat kek prune kukus ni menggunakan resepi yang sama....berdasarkan komen-komen yang ada semua kata sedap....dan now aku punya turn pulak nak cuba resepi dari blogger-blogger ni.....kiranya aku blogger yang ketujuh ( ikut apa yang ku tahu) cuba  resepi ni....;p


Bahan-bahan;

250grm butter
1 cawan gula halus (aku hanya guna 3/4 cwn shj)
1/4 cawan susu pekat manis
30 biji buah prune (20 biji dikisar bersama air dan 10 biji lagi potong 3)
100 ml air
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur
1 sudu esen vanilla
1 sudu kecil bicarbonat

Cara membuatnya;

Panaskan periuk kukus.  Kacau sebati butter dan gula halus. Kemudian masukkan esen vanila dan telur satu per satu serta susu pekat manis. Masukkan buah prune yang telah dikisar tadi. Kacau sebati. Ayak tepung bersama dengan bicarbonat. Masukkan tepung sedikit demi  sedikit sambil kacau dengan adunan sehingga habis. Masukkan prune yang dipotong tiga tadi. kaup balikkan dengan spatula sehingga semuanya telah mesra.  Griskan acuan dengan butter dan alaskan dengan kertas baking. Setelah masukkan semua adunan dalam tin pembakar tutup di atasnya dengan aluminium foil. Ini untuk mengelakkan air dari tutup pengukus minitis masuk dalam kek. Kukus selama 1 1/2 jam.


Ternyata Kek Prune Kukus ni memang sedap dan amat menyelerakan. Buatnya pun mudah dan tidak rumit. Bahan yang digunakan sama seperti kek biasa cuma ditambahkan dengan prune sahaja. Yang paling aku suka buat kek kukus ni tak perlu nak tengok selalu sebab gerenti takkan hangus....walau apapun kena tengok jugak la air dalam periuk kukus tu...kena pastikan air sentiasa ada..nak kukus 1 1/2 jam so kalau periuk kukus kecil kena tambah air...jangan lupa.....

Selamat Mencuba, dan yang pasti takkan menyesal!! :D




No comments:

Post a Comment