Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Monday 24 March 2014

APAM BERAS....lembut...gebu.....

Juadah minum petang kami semalam....Apam Beras....idea datang masa nak masak nasi untuk lunch time...tengok ada nasi tak habis..tiba-tiba teringat ada kawan di FB buat apam beras, siap bagi resepi sekali ..resepinya amat simple....bahan-bahan pun tak banyak....kebetulan semua bahan ada di rumah...terus aku bancuh adunan sebab adunan ni kena biarkan dahulu paling cepat 2 jam.. 
 


Bahan-bahan;
 
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan nasi sejuk (lebih baik nasi semalam)
1 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 bungkus yis mauripan
sedikit pewarna
 
Cara memasaknya;
 
Satukan kesemua bahan dalam blender. Kisar kesemuanya kemudian masukkan dalam mangkok. Pastikan mangkok tu saiz besar yaa...sebab adunan akan mengembang..kalau boleh gunakan mangkok yng 3 kali ganda besar dari jumlah adunan. Tutup dengan kain atau cling plastik dan biarkan ia mengembang paling cepat 2 jam..

Panaskan periuk kukus. Masukkan adunan dalam acuan kecil atau mangkok kertas pun boleh.Isi adunan 3/4 penuh dari mangkuk adunan. Kukus lebih kurang 10 - 12 minit dengan menggunakan api yang besar. Sedap sangat makan ketika panas-panas...memang lajuuu....;)

Wednesday 19 March 2014

ROTI SARDIN....juadah minum petang...

Idea mudah untuk minum petang di hari minggu...Roti Sardin Gulung...orang putih kata "sardine roll"...hehehee....ramai yang dah tahu macam mana nak buat kan tapi ramai gak yang tak tau walaupun simple....agak-agak kalau roti tu tak habis kat rumah sebelum nak expired baik buat sesuatu..kejapan boleh licin....itulah yang selalu terjadi kat rumah aku....cara nak menghabiskan roti dengan cepat...
 

Bahan-bahan;

Inti

1tin kecil sardin
1 biji bawang besar- hiris nipis
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
6 - 7 biji cili api - kalau suka pedas.
1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Roti Sandwich - ikut suka berapa keping nak buat
1 biji telur saiz besar (kalau tak ada guna 2 biji telur saiz kecil)
Breadcrumb or serbuk roti secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

Cara menyediakannya;

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili padi yang ditumbuk kasar, sardin, kacau kemudian air asam jawa. Masak hingga sardin agak kering. Rasa garam secukupnya, angkat dan ketepikan.
 
Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul dengan garfu,ala-ala buat telur dadar gitu. Gelek roti dengan kayu uli hingga nipis or tak nampak ruang udara supaya bila goreng nanti minyak tak meresap masuk. Sudukan inti sardin di tengah roti...sapukan kiri kanan roti dengan telur...gamkan.. gulung dan matikan semula dengan gam telur. Celup roti gulung dalam telur, kemudian golekkan atas breadcrum.Goreng dalam minyak penuh yang panas dan pastikan api kecil. Balik-balikkan macam goreng pisang, angkat dan toskan.

 
Sedapppp sangattt makan ketika panas-panas yer....krak kruk...krak kruk.....;))

TORTILLA WRAP....or tortilla bungkus...hihihi....

Dah lama jugak buat tortilla wrap ni...baru ada kesempatan untuk masukkan entri..aku buat untuk menu breakfast...mudah dan mengenyangkan....masak lunch lewat pun tak apa....kononnya breakfast ala mat salleh sikit....huhuhu...tapi sebenarnya masakan mat salleh jauh lagi mudah dari masakan melayu...memang ringkas dan tak perlu banyak masa...kira orang kita memang rajin sangat dari orang putih tu kan....nak dapatkan tortilla amatlah mudah...ala-ala roti pita arab...tapi bukan pita yer...kat plastik bungkusan tulis tortilla...lupa plak aku nak ambik gambar bungkusan tu ..boleh cari  kat mana-mana supermarket...kalau pergi kedai runcit tak pasti plak ada ke tak...

 
 
Bahan-bahan (Untuk 2 orang makan)
 
4 keping tortilla (sorang dua youuu....hehehehe)
200 gram daging kisar
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1/2 biji capsicum - didadu
parutan cheese secukupnya
daun salad secukupnya
sedikit minyakzaiton untuk menumis
blackpepper ajishio secukup rasa (yg dah ada garam)
 
Cara menyediakannya,
 
Panaskan minyak zaiton dalam pan. Tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan daging kisar dan capsicum. Kacau hingga daging masak, ala-ala serunding gitu. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam ajishio secukupnya, dah cukup rasa, angkat dan ketepikan.
 
Panaskan sebentar tortilla atas pan tanpa minyak. Tak perlu hangus yer...agak-agak dah panas terus angkat. Susun daun salad atas tortila, masukkan inti daging kisar dan akhir sekali taburkan parutan cheese. Bungkus tortilla macam bungkus kulit popia. Lipat kiri kanan sikit..kemudian lipat bahagian bawah ke atas dan terus gulung ketat-ketat. Wallaaaaaaaa..................dah siapppppppp......simplekann...;)
 
Note: Kalau tak suka daging boleh tukar dengan ayam yer...

 

GORENG SAYUR LEEK CAMPUR DAGING

Salam semua....kenal sayur leek? Orang melayu jarang masak sayur ini...tapi orang Cina memang kegemaran mereka...namapun Chiness Leek...menyerupai seperti daun bawang cuma saiznya besar...boleh panggil pokok bawang giant....hihihi...en.hubby suka sangat tapi kalau masak kena campur dengan daging...daging plak beli yang lembut..aku suka beli yang dari Australia...yang sesuai untuk buat steak tu sebab tak perlu nak rebus daging lelama untuk empukkan.....untuk sediakan menu ni amatlah mudah...tak cayer...meh tengok resepi....
 
 
Bahan-bahan;

200 gram daging lembut
4 batang leek
1/2 batang lobak merah - kalau suka
4 ulas bawang putih - tumbuk kasar
2 sudu besar sos tiram
1/2 biji capsicum merah - potong ikut suka
sedikit minyak zaiton untuk menumis(kalau tak ada minyak sayur pun ok)
1/2 cawan air - kalau nak berkuah

Cara menyediakannya;

Panaskan minyak zaiton dalam kuali. Tumis bawang putih hingga bertukar jadi golden brown. Masukkan daging, gaul rata dalam 2 minit, kemudian air dan sos tiram. Bila dah mendidih masukkan leek,capsicum dan lobak merah.Kacau rata,agak-agak leek  dah layu sedikit, tutup api, angkat dan hidangkan.Tak payah letak garam lagi yer sebab sos tiram dah cukup rasa. Sedap makan ketika panas-panas
 
Persediaan bahan-bahan dalam 10 minit kot...masaknyer pun lebih kurang 10 minit...cepatkan..:).
 


Monday 17 March 2014

LAMBCHOP....sos blackpepper yang ohsem.... :))

Awal pagi semalam Seremban hujan lebat...syukur alhamdulillah... ..selepas menghadapi musim kemarau yang teruk sangat tahun ini sampai sana sini terbakar...aku rasa tahun ini yang paling dasyat penangan kemarau....semalam hujan lebat di sebelah pagi tapi terus rintik-rintik dan kadangkala lebat hingga ke malam....agak sejuk....dalam sejuk-sejuk selera pun dah jadi lain...selera western yang datang...konon-konon tengah musim sejuk....hihihi.....tengok dalam peti ais ada lamb...ada salad....kira semua bahan cukup la untuk buat lambchop for dinner...kalau buat lambchop lagi lama diperap lagi sedap...kalau nak makan untuk dinner waktu pagi dah kena perap...
 
 
Bahan Perapan
 
10 keping lamb
8 ulas bawang putih
1 sudu besar thyme
1 sudu besar rosemary
1 sudu besar gula perang (brown sugar)
1 sudu kecil lada hitam
2 kiub pati daging
1/2biji lemon - ambil jusnyer
3 sudu besar minyak zaiton
 
Cara menyediakannya;
 
Bersihkan lamb dan toskan.
 
Panaskan minyak zaiton dalam pan. Goreng bawang putih  tanpa dihiris hingga golden brown, angkat dan ketepikan. Tumbuk halus thyme dan rosemary, kemudian gula perang, lada hitam, kiub pati daging dan juga bawang putih yang telah digoreng tadi. Satukan kesemua bahan tumbuk dengan kesemua lebihan minyak zaiton goreng bawang putih tadi bersama jus lemon.
 Lumur rata bahan perapan pada daging. Biarkan diluar lebih kurang sejam agar bahan perapan boleh meresap dalam daging. Tutup dengan cling plastik. Kemudian masukkan dalam peti ais (bukan tempat beku) lebih kurang 3 jam. Kalau diperap satu hari lagi sedap. Nak lagi mudah masukkan daging dalam beg plastik berzip..senang nak simpan dalam peti ais kannnn....tak banyak ruang...boleh selit-selit jer dalam peti ais tu jika peti ais penuh....hihihi...

Bahan Sos Black Pepper

1 sudu besar butter
1 sudu besar minyak zaiton
3 sudu besar tepung gandum
1/2 batang lobak merah 
1/2 batang celeri            
1/2 biji bawang holland
4 biji bawang putih
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
1/2 sudu kecil thyme
1/2 sudu kecil oregano
2 helai daun bay
3 sudu besar sos lada hitam
3 cawan air
cawan susu segar
2 kiub pati daging or ayam

Cara menyediakannya;

Potong dadu halus2 bawang besar dan bawang putih. Kalau nak kisar pun boleh tapi aku suka potong halus so bila makan terasa sikit bawang tu. Kisar halus lobak merah dan celeri berasingan tanpa air. Panaskan butter dan minyak zaiton. Tumiskan bawang hingga harum, kemudian masukkan lobak merah dan celeri yang telah dikisar. Kacau hingga garing,masukkan thyme, oregano dan daun bay. Masak hingga naik bau, masukkan tepung dan lada hitam. Kacau hingga bahan-bahan jadi garing. Masukkan air. Lagi mudah kacau guna whisker. Kena kacau selalu supaya sos tak hangus di bawah. Bila dah mendidih masukkan sos lada hitam dan kiub pati daging serta susu segar. Masak hingga sos jadi agak pekat. Rasa garam secukupnya. Aku dah tak letak garam pun sebab bahan-bahan yang dicampur tu dah memang cukup rasa.


 Untuk memanggang daging, aku gunakan periuk ajaib or "magic pan". Gunakan api yang paling minimun sekali. Susun daging dalam magic pan, tutup dan biarkan ia bekerja sendiri dalam tu. Setiap 15 minit aku akan tengok status daging, buka dan balik-balikkan daging supaya masak sekata. Ada orang kata tak perlu tapi sebab aku ada kerajinan yang terlampau so aku rasa perlu...hihihi.... Bakar lebih kurang 30 - 40 minit. Jangan panggang terlalu kering, nanti lamb akan jadi keras. Sebab tu kena tinjau-tinjau gak kat dalam magic pan tu. Bila airnya hampir-hampir kering terus keluarkan lamb....insha Allah..lamb tak liat dan lembut serta berjus.....


 
Biasanya kalau aku buat western di KL aku lagi suka guna thyme, rosemary or oregano segar. Senang nak dapat herba segar orang putih di mana-mana supermarket kat KL...Tesco..Giant...Sogo...BigAeon (Carefour) selalu ada tapi kalau kat Seremban memang susah nak jumpa walaupun semua supermarket di KL kecuali SOGO ada. Kalau guna yang segar, semua herba tu just cincang halus-halus, rasa lagi segar. Tapi kalau dah tak ada herba yang kering pun rasa tetap sodapppppppp......
 
Bahan sos di atas dapat banyak yer...kalau tak habis, masukkan dalam botol kaca yang kedap, simpan dalam peti ais. Sama juga dengan daging...kalau dah perap dan tak habis bakar...simpan semula dalam peti ais..kalau dah lebih satu hari simpan ditempat beku.Bila nak masak semula just defrost..rasa  tetap OK sebab dah lama bahan-bahan diperap.
 
Boleh dihidangkan dengan salad...french fries..match potato...roti ker...ikut suka....buat di rumah jauh lagi jimat jika makan di kedai kannnn...kos nak buat tak la setinggi bayaran di kedai yer...rasa pulak pada kami suami isteri memang ummmphhhh...boleh letak sos ikut suka..hihihihi....
 
Selamat Mencuba....!!!!
 
 

Wednesday 12 March 2014

SOS STEAMBOAT ALA JOHNNY'S....

Menu malam semalam...."Homemade Steamboat"....jangan tak cayer....hihihi....1st time buat steamboat sendiri kat rumah...almaklum la sejak dua menjak ni  busy untuk selim melim....lebih kurang diet la ni....huhuhu....bila makan steamboat yang paling penting sosnya....kalau sos hancus....maka hancus la steamboat tu kan.....makan sup campur jer la namanya...betul tak?? Bila en.hubby request nak makan steamboat kat rumah mula la aku busy explore resepi sana sini kat google...aku terjumpa resepi di aisyrania.blogspot...nampak macam begitu selera sekali...dan ternyata memang amat tidak mengecewakan....aku boleh katakan lagi sedap dari Johnny's tu..........yesssssssssssssss......encik hubby yang cakap sebenarnya....hihihi....


 Bahan-bahan;

10 biji cili merah (cili besar)
4 ulas bawang putih
5 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar sos ikan
5 sudu besar cuka epal - tak ada cuka biasa pun ok
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap - aku guna kicap kipas udang manis
1 sudu besar pati sunquick
1/2 sudu kecil tepung jagung
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak
sedikit daun ketumbar - dihiris halus tp aku malas so jadi kasar...huhuhu

Cara menyediakannya;

Kisar cili merah dengan bawang putih hingga halus. Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan, cuka, sos tiram, kicap dan sunquick dalam periuk or apa-apa alatan yang you all nak guna untuk memasak. Masak hingga mendidih,kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan 1cawan air. Masak hingga kuah agak pekat dan berkilat. Rasa garam dan gula secukupnya. Sebelum tutup api masukkan sedikit bijan yang telah digoreng tanpa minyak dan hirisan daun ketumbar.
 

Sup steamboat (stok ayam)

3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit minyak untuk menumis
2 ketul kuib pati ayam
Tulang ayam - aku tak letak...tak ada
1.5 liter air....or ikut suka banyak mana nak buat supnyer yer...aku buat untuk 2 orang jer
garam secukup rasa - jika perlu
Hirisan daun ketumbar

Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan air. Bila dah mendidih masukkan kiub pati ayam dan tulang ayam kalau ada. Tapi aku tak guna tulang pun rasa tetap OK. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Bila stok dah masak boleh la masukkan bahan-bahan steamboat yaa...
 
Bahan-bahan steamboat ni ikut selera kami berdua yer....you all boleh letak apa sajer...ikut suka masing-masing...

 wajib ada.....pelbagai tauhu....fishball...tauhu telur or japanese taufu....tauhu goreng...tauhu putih...fishcake...sajer letak dari membazir dlm fridge....
 ayam untuk aku...daging untuk en.hubby....fair kan.......;)
 
 sayur-sayuran untuk buat sup lagi tambah manis....cendawan enoki kot...sorry kalau salah nama....wajib ada untuk steamboat...sawi pak choy...kobis cina...
 

 
Kami ber "steamboat" ni kat depan TV...angkut induction cooker letak atas coffee table coz tak nak miss tengok perkembangan terbaru MH370....jangan lupa doakan keselamatan anak kapal dan penumpang MH370...nampak bahan-bahan steamboat macam sedikitkan....tapi cukup mengenyangkan....ingat nak celur mee or bee hoon...dah tak larat daaa.....syukur alhamdulillah.....:))

Monday 3 March 2014

KUIH BAKAR DAGING

Terjumpa resepi Kuih Bakar Daging ini dari blog Mat Gebu tahun lepas lagi ...nampak sungguh menyelerakan....Mat Gebu plak dapat dari blog kak Fauziah Samad  atau lebih dikenali dari dapur kak jee dan semenjak itu jugak aku jadi follower blog dari dapur kak jee... dari tahun lepas dok tahan nak buat kuih bakar daging ni sebabnya tak ada acuan kuih tembaga....memang boleh buat dengan acuan besi tapi aku memang tak nak beli kerana nak yang tembaga jugak....akhirnya aku jumpa jugak seperti DISINI. ..baru puas hati...hihihi...belinya bulan September tahun lepas tapi bulan Mac 2014 baru nak rasmikan....at least guna juga kannn.....;))


Bahan-bahan;

400grm daging kisar
2 biji bawang besar - potong dadu kecil
2 sudu besar rempah kari daging (aku guna Baba's)
garam secukup rasa
sedikit minyak zaiton untuk menumis
2 pokok daun bawang - hiris
3 biji cili merah - buang biji dan hiris halus

3 cawan tepung gandum - diayak
5 biji telur
3 cawan santan cair
3 cawan air
sedikit pewarna kuning
garam secukup rasa

sedikit butter or minyak sapi

Cara menyediakannya;

Panaskan oven dengan suhu 180'C. Masakkan inti daging terlebih dahulu. Panaskan sedikit minyak zaiton (kalau tak ada minyak biasapun OK) tumis bawang hingga naik bau dan layu, masukkan rempah kari. Bila dah rempah dah garing masukkan daging kisar. Masak hingga kering..ala-ala serunding gitu. Rasa garam secukupnya, angkat dan ketepikan.


Untuk adunan batter, Satukan telur dengan santan cair dalam blender. Blend sekejap sampai telur jadi kembang dan halus. Keluarkan dan masukkan dalam mangkuk adunan. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangseli dengan air sampai habis sambil mengacau gunakan whisker. Masukkan garam secukup rasa dan beberapa titik pewarna kuning. Pastikan tak ada tepung yang bergentel. Kalau ikut kaedah Kak Jee, masukkan adunan dalam blender sedikit demi sedikit.

Panaskan acuan atas dapur dengan api yang paling minimum. Masukkan sedikit butter atau minyak sapi. Bila acuan dah panas curahkan adunan batter 3/4 penuh dalam acuan.  Biarkan seketika hingga nampak di tepi acuan adunan dah keras sedikit, sudukan inti di dalamnya. Gunakan sudu kecil, masukkan inti di bahagian tengah kemudian sudukan di setiap sudut acuan. Lebih sedap kalau letak daging banyak. Kacaukan dengan sudu kecil untuk seratakan inti daging dalam batter. Taburkan cili merah dan juga daun bawang. Masukkan dalam oven dengan api atas sahaja lebih kurang 15 minit atau bila dah nampak kuih akan meregang sendiri dari acuan.

Sedap sangat makan ketika panas-panas bersama dengan cili sos.

Dengan adunan ini aku boleh dapat 7 biji kuih bakar. Kalau tak ada santan boleh tukarkan dengan susu cair. Tapi kalau dah kuih melayu guna santan lagi sedapkan....Memang sedap sangat kuih bakar daging ini. Nak buatnya pun tak la sesusah mana dan mengenyangkan....
 
Selamat Mencuba!!! :) :) :)

Sunday 2 March 2014

KEK LOBAK MERAH @ CARROT CAKE

Carrot Cake ni aku buat minggu lepas semasa ayah dan anak buah datang rumah...as usual kalau anak buah datang mesti ada aktiviti baking...biasanya dia akan minta buat pavlova or red velvet tapi sebabkan tak cukup bahan hanya carrot cake jer yg boleh buat...yang mudah-mudah jer...beza kali ini aku tak gunakan minyak tapi guna butter yang dicairkan.


Bahan-bahan;

250grm butter dicairkan (aku guna SCS)
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum         )
2 sudu kecil baking powder    )
1 sudu kecil bicarbonat          ) satukan dan diayak
1 sudu kecil serbuk buah pala or serbuk kulit kayu manis )
2 cawan lobak merah yang telah diparut
1 cawan walnut cincang yang telah dipanggang
1 cawan kismis

Cream Cheese

250grm cream cheese (aku guna Philadelphia)
125 grm butter
3 sudu besar gula aising
1 sudu besar jus lemon


Cara menyediakannya;

Panaskan oven dengan suhu 180'C. Satu butter cair (pastikan dah sejuk), esen vanilla, gula dan telur dalam mangkuk adunan.Pukul hingga telur jadi gebu, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan parutan lobak, kismis dan walnut dengan hanya kaup balikkan guna senduk kayu or spatula. Griskan acuan kek or aku selalu guna baking paper jer, masukkan adunan dan bakar lebih kurang 45 minit or cucuk dengan lidi dah tak melekat. Sejukkan kek.

 Untuk cream cheese, satukan cream cheese, butter , gula aising dan jus lemon. Pastikan cream cheese masih sejuk tapi tak keras yer. Jangan biarkan cream cheese dalam keadaan suhu bilik. Pukul hingga adunan jadi gebu.
 Hiasan cheese ni ikut suka....aku memang tak expert bab hias-hias kek ni....tapi rasa tetap ummphhhh.......lagi sedap dari secret resepi...hahahahaha......
 
Selamat Mencuba!!!
 

VICTORIA SPONGE CAKE...sedap mata memandang sedap lagi bila sampai ke tekak...:))

Salam semua...lama betul tak update blog.. bulan February hanya ada 2 entri....huhuhu...banyak entri tertunggak yang nak kena masukkan...kalau ada masa terluang yer....sebab lama tak masuk entri baik aku mulakan dengan sesuatu yang fresh dan sedap mata memandang...bukan sajer sedap kat mata tapi bila sampai ke anak tekak lagi la sedap...Victoria Sponge Cake namanya....aku ambik resepi ini dari Jamie Oliver...idea nak buat kek datang dari sahabat lama...tengok beliau post di facebook memang mengiurkan....tak tau la kenapa namanya Victoria...mesti ada cerita yang aku tak sempat nak explore...ok...mari tengok resepi...mudah jer sebenarnya...
 
 
Bahan-bahan;
 
A. Kek
225grm unsalted butter (aku guna SCS)
225 gram gula castor
225 gula tepung naik sendiri (self raising floor) - diayak
4 biji telur gred A (suhu bilik)
1 biji kulit lemon yang disagat
 
B. Jem
2 sudu besar fruit jem (aku guna jem stoberi)
1/2 cawan air panas
1/2 biji jus lemon
5 ke 6 biji stroberi - potong nipis
 
1/2 cawan whipping cream non dairy
stroberi & bluberry secukupnya
gula ising
 
Cara menyediakkannya
 
Panaskan oven dengan suhu 170'C. Pukul butter dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil memukul dengan perlahan kemudian masukkan tepung sedikit sedikit hingga habis. Masukkan kulit lemon yang telah disagat dengan gunakan senduk kayu or spatula. Bahagikan kepada 2 bahagian adunan dan bakar lebih kurang 30 minit atau sehingga kek dah bertukar warna golden brown dan bila dicucuk dengan lidi dah tak melekat.
 

Sambil tunggu kek masak boleh sediakan jem pulak..
 Campurkan jem + air panas serta jus lemon. Masukkan sekali dengan stroberi yang telah dipotong. Masak hingga stroberi hancur dan jem jadi agak likat dan pekat. Angkat dan sejukkan.
 Bila kek dah betul-betul sejuk baru keluarkan dari acuan. Sapukan jem yang telah dimasak tadi di atas kek yang pertama.

 Susun stroberi dan blueberry ikut suka. Sapukan whipping krim yang telah dipukul hingga kental di atas buah-buahan. Tutup semula dengan kek yang kedua.
 

 Gunakan penapis kecil untuk taburkan gula aising di atas kek. Aku susun lagi buah di atas kek sebab buah banyak lebih....nampak lagi menarikkan....:))

sooooo yummmyyyyyyyyyyyyyy................:))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...